Halaman

Rabu, 21 September 2011

JENIS GARISAN



GARISAN OUTLINE



GRISAN KONTUR





GARISAN SELARI



GARISAN BERSILANG





GARISAN BERSERABUT





GARISAN BERALUN







GARISAN BERBULU



Khamis, 21 Julai 2011

Jodoh Ketentuan Allah


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

promot>>>

mlm ni aku chat dgn adik dia..ada ke dia bk kata2 dgn mnegur aku...kuat promot tunang...simple je kan ayt tu..tp ptt ke mcm tu...aku trsentuh dantrkjt sgt dia ckp mcm tu...adik dia xsk aku ?????np dia ckp mcm tu...blh ke famli dia trime aku...mmg aku rapat dgn fmli dia...tp np ati ni tb2 pk mcm....tkt pun ada..tkt kan famli dia xleh trime akuu...sapa aku ni kan....ape hrus aku bt spy meraka yakin dgn aku...

Rabu, 20 Julai 2011

Sampai ati abg >>>

abg,,,,
ayg syg abg...np abg bt ayg mcm ni..ayg tau ayg bkn sapa2...ayg xde ape y blh di bg pd abg..ayg xde harta,ayg xde duit...ayg xblh bg duit kat abg ble abg perlu kan duit...tp ayg syg abg...

abg...
jgn lah bt ayg cm ni..slagi ayg ada ayg akn cb usaha dpt kan ape y abg mahu kan...selagi ayg mmpu n bernafas ayg akn keje sungguh2 abg...

abg...
ayg xnk ape pun dr abg...ayg cm mahukan cinta n kasih syg abg mcm dlu...selagi ayg idup ayg cm mahukan abg hargai ayg...ayg xnk abg nyesal setelah ayg xde kemudian hari nati...

abg....
I LOVE U....

CINCIN PERTUNANGAN~~~

Setiap insan pasti mmpunyai cincin pertunangan idaman tersndiri...
begiti jgk dngn aku...alangkan indah nye kalu dpt cincin idaman kan...







Abg ~ ~ ~
klau xdpt mcm cincin kat ats ni xpe ayg xkesah.. dpt cincin yg simple mcm kat bwah ni pun xpe bang..asl kan kt bhagia n hubungan kt berkekalan..tu je yg ayg mntak abg...ayg xnk mntak lbih dr ape yg abg mmpu... harta bnda xpntng pun bg ayg dlm hubugan kt ni yg pntng kt kekal smpai ble2 dan kebahagian kt.. 

abg ~ ~ ~ 
jgn lah tensen dgn majlis pertunangan kt nati...ayg hny nk hubungan kt halal..smpai ble kt nk mcm ni...kt ptt halal kt hubungan kt,sb kt dah lm knl..ayg phm abg blm mmpu tp kalu nk tggu duit ckp mmg smpai ble2 pun xckp...insya'allah slps kt bertunang rezeki kt akn bertmbah dan sume nye akn berubah... 



MEMINANG DAN BERTUNANG


Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
•  Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
•  Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

sebelum bertunang dah di duga dgn pelbagai dugaan >>>>

        Alangkah indah nye kalau aku dpt jd burung...blh terbang dgn bebas nye..Tinggal sbln lbh je lg ari pertunangan ku mkin hmpir...pd mula nye enset ku tb2 mati, ble aku on sume no fon yang ada kat enset aku ilang..aku xdpt cntct sapa2...yg aku ingat cm no bkl tunang ku.. seminggu kemudian enset aku pth dua, krn jtuh..skrg bkl tunang aku pun aku xdpt cntct..bkn sj kwan2...
        setelah sekian lm aku xgn public skrg ia brgn tok ku..nsb public fon msh ada...hmpir ari2 aku ke public fon...kdg2 dpt col bkl tunang aku...kdg2 xberangkat..kdng2 tu ada je y dia mrh pd aku...jrng aku dpt dgr suare dia dgn gmbira...maka hampir setiap ari jgk dada aku skit krn sring dimrh oleh bkl tunang ku...aku sngka kegmbiraan akn muncul dlm hidup ku...tp seblik nye yg aku dpt..aku seolah2 seorg insan yg mlang..
        adakah di alam pertunangan kita akn di duga?tp aku dah pnt n tidak mmpu lg untuk menanggung nye....ape harus aku bt? btl ke ada sesetnggah tu mngatakan biase lah tu dugaan bertunang...kdng2 aku rs mcm xmsk akl...
         Ya allah engkau kurnia kan lah kegmbiraan di dalam hubungan kami ini dan kekal kan lah hubungan kami...pertemukan lah aku dngan pasangan yg btl...aku yakin dgn psngan aku..adakah ia btl...dan engkau lmbtkan lah hati nye ya allah...amin...  ;-)





INI CERITA Yg KU PETIK DR LAMAN DUGAAN BERTUNANG 







Salam…
Cuti Maulidur Rasul yang lepas, ramai yang kahwin kan? yang bertunang pun ramai.. Tahniah buat semua ye :)
Hurmmm..teringat saya masa saat-saat akhir sebelum saya menjadi tunangan orang 8 bulan yang lepas.. Saya dilamar melalui sms yang sangat ringkas.
” Awak, kita tunang nak? Kite nak ikat awak 2 taun.. :) “
Hehe..simple kan? Terdiam saya masa tu. Teruja + gelabah + gementar + suka!.. Malangnya, tidak sampai 24jam selepas saya bersetuju, kami diduga dengan dugaan sebelum bertunang.. Sekelip mata saya jadi tawar hati pada Dato’ R.. Apa saja perbuatan atau percakapan Dato’ R ketika itu, saya tak suka.. 3 minggu saya kurang bercakap dengan cinta hati saya tu.. Berjumpa pun tak nak.. Persiapan bertunang pun saya kurang ambil tahu.. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya masa tu.. Saya tak layan dia tapi dalam hati, saya rinduuuuuuuuuu dia sangat-sangat.. Siap berdiet secara serius tak makan nasi konon-konon nak surprise kan Dato’ R, sebab saya tau dia suka kalau saya dapat solidkan body saya macam Megan Fox..Hehe.. ::Blush!::
Seminggu sebelum majlis, saya berjumpa dengan Dato’ R.. saya tengok Dato’ R dah kurus.. Baju dah longgar, seluar dah longgar..Pipi tembam dah susut..Perut bulat pun dah tak ada!! Sekelip mata jugak hati saya jadi sayu. Rasa bersalah sangat-sangat.. Tak sampai hati nak merajuk muncung-muncung mulut bila tengok dia dah susut hampir 10kg.. Seperti angin, rasa sayang yang hampir hilang tu, datang semula.. Kami mula berbual walaupun macam tak tahu nak cakap apa.. Buat-buat je macam tahu.. Bila dah selesa sikit, saya pun beranikan diri bertanyakan tentang berat badannya yang turun mendadak..  Saya ingatkan, Dato’ R susut kerana kecewa dengan perangai saya.. Rupa-rupanya, Dato’ R  pun serius diet juga.. Laaa…
Hari-hari seterusnya, saya kembali tenang dan mula merasakan debaran bertunang.. Sayang saya pada Dato’ R semakin hari semakin menebal, malahan lebih kuat dari sebelum dugaan tersebut.. Alhamdulillah.. kami berjaya melepasi dugaan pertama.. Dalam majlis yang serba sederhana dan ringkas (proses meminang tak sampai setengah jam!), saya dah menjadi tunangan orang.. Syukur.. :)
Eh?
Apa saya tulis ni?
Hurmm…jauhnya saya melencong..Punya la panjang mukadimah cerita sampai 3 perenggan…Mula-mula tadi niat nak cerita dugaan SEMASA bertunang..Dah tercerita dugaan SEBELUM bertunang pulak dah..Malas nak edit, saya sambung je la ye.. Panjang la nampaknya entri kali ni…
OK.
Apa jadi selepas bertunang??
Pehhhhh…!!! Tuhan je tahu.. Senyum sampai telinga.. Bayangkan dalam hati ada bunga yang sedang berkembang.. dan bayangkan juga, hati tu kecik dan bunga tu sangaaaaat la besar.. Bahagia sampai macam nak sesak nafas.. (Ish ish ish…Kamu ni Eliz, melampau sangat le beda’ah nye…) Errr….Hehehe…hey, saya tak tipu lah! :D
Dulu, saya tak percaya kalau orang kata, bertunang lama-lama ni bahaya.. Pada saya, kalau sebelum bertunang boleh je bercinta dengan aman damai tak banyak gaduh-gaduh, selepas bertunang mesti la lagi seronok.. Rupa-rupanya, ada benar juga kata orang.. Saya dah pun merasakan dugaannya..
Rasa apa?
  • Mudah sangat nak terasa hati..sikit-sikit nak merajuk.. benda remeh pun nak sentap.. sampai kadang-kadang susah nak kawal.. Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak.. Biasanya hati yang menang (atau iblis yang menang?? hurmm..fikir-fikirkan..)
  • Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je.. selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa..
  • Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata, tak pun dengan hati yang kecewa.. Tapi bila depan mata, happyje..tak ada pun gaduh-gaduh.. Pelik lah..
  • Terasa susah nak kumpul duit.. Ini sejak 3-4 bulan lepas..Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit..tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit..Terpaksa bawa plan ke bulan depan..dan begitulah seterusnya…
  • Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”“selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…
  • Mula ada godaan orang ketiga.. Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat hon-hon nakal…yucks!!
  • Kekasih lama. Dah lama hilang, tiba-tiba muncul.
  • Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…
  • Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat.. walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram..Elakkan untuk keluar berdua..Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke…
Hurmmm…
Banyak kan? Tak dinafikan, ia memang menuntut kesabaran yang tinggi..Kena banyak mengalah dan selalu berdoa..Kawan-kawan yang dah kahwin, pengalaman bertunang dulu macam mana? Kalau ada tips-tips yang berguna, kongsikan lah.. boleh jadi panduan…
Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan  iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~